Friday, January 21, 2011

Harga Emas Amat Menarik Sekarang...

Harga emas amat menarik pada waktu ini... Harga 1 dinar serendah RM628 boleh dimiliki dan gold bar 20g serendah RM3041. Harga yang sama lebih kurang 3 bulan lepas.




Adakah kita perlu rasa takut dan menjual segala emas yang ada? Jangan risau, inilah masanya untuk menambah koleksi atau simpanan anda. Pada mereka yang baru bermula, mungkin ini waktu sesuai untuk memulakan langkah menjana emas sebagai salah satu aset berharga anda.

Jika sebelum ni, saya teragak-agak untuk membeli emas walau pada harga apa pun. Tapi, sekarang ini perasaan nya amat berbeza. Setiap kali harga menurun, masa itulah peluang untuk menambah emas dalam simpanan. Lepas ini, mungkin kita tak berpeluang lagi untuk memiliki emas pada harga yang sebegini. Seperti yang saya alami pada 3 tahun lepas ketika emas hanya berharga RM89 per gram.

Mulakan langkah anda menjana emas untuk hidup yang lebih berharga...

Monday, January 17, 2011

Koleksi pertama saya - Kijang Emas

Salam to all readers,

Berikut adalah koleksi pertama emas yang saya beli lebih kurang 3 tahun lepas...

1oz kijang emas

1/2oz kijang emas

1/4oz kijang emas
Hasrat untuk memiliki 2 set di atas pada tahun lepas tidak tercapai disebabkan agak sukar untuk mendapatkannya di Maybank sekarang. Stok yang ada sekarang kebanyakannya bertukar-tukar tangan antara orang perseorangan berikutan pengeluaran produk ini telah dihentikan.

Koleksi emas ini setakat ini akan menjadi simpanan saya yang paling berharga. Pernah ada terfikir dahulu untuk menjualnya bila terasa memerlukan duit, tapi rasa sayang sebab bukan mudah untuk memilikinya.
Harapan saya pada tahun ini untuk mendapatkan satu set lagi Kijang Emas. Moga dipermudahkan...

Adios,

Jana Emas Untuk Hidup Lebih Berharga...

Sunday, January 16, 2011

Mulakan walau dengan satu dinar

Salam to all readers,

Orang kata harga emas mahal skrg ni... 3 tahun lepas orang kata emas mahal juga... Akhirnya, sampai bila pun orang kata mahal dan tak beli pun emas...

Saya bermula dengan membeli kijang emas dalam 3 tahun lepas... masa tu harganya satu set lengkap saya beli 1oz, 1/2oz dan 1/4oz jumlah semuanya RM5582. Masa tu memang takut jugak le nak keluarkan duit untuk membeli... Saya kata nak buat apa dengan kijang emas ni... Dan sekarang baru saya tahu apa hasilnya... Mengapa lah dulu tak beli 10 set sekali... ahaks... menyesal kemudian tak berguna... apapun, hasil dari kijang emas tu, nilainya telah meningkat 34.41% kalau saya jual sekarang pada Maybank... kalau saya jual pada orang mungkin lebih lagi...

Pada tahun ni,  saya telah mengambil langkah lebih dengan menjadi Agen Public Gold... mengapa dan kenapa, kita akan ketahui time by time...

Pada anda yang ingin bermula, mungkin boleh mulakan dengan 1 dinar...

Adios...

Faiz Malik