Tuesday, April 19, 2011

Kenapa saya pilih Public Gold???

Assalamualaikum semua...

Orait, kenapa saya pilih Public Gold sebagai sumber simpanan emas saya? Kenapa saya tak pilih akaun emas ke, Kijang Emas ke dan yang lain-lain. Pertamanya saya pilih Public Gold sebab saya bayar 20k, saya dapat nilai emas berharga 20k juga pada masa saya membayarnya. Jadi beli emas, dapat emas. Bukannya beli emas dapat kertas. Dan antara faktor-faktor lain mengapa saya pilih Public Gold adalah:

1. Stok sentiasa ada. Walaupun pada musim orang beli emas, stok sentiasa ada. Saya ada juga mempunyai koleksi Kijang Emas. Saya berminat untuk menambah koleksi tersebut. Tetapi pada masa saya mempunyai duit lebih untuk memilikinya, stok di Maybank kehabisan. So, saya terpaksa ubah keputusan membeli emas lain.

2. Spread yang kecil (5-6% sahaja).

3. Di iktiraf oleh "Malaysia Book of Records".

4. Jongkong dan dinar emas bersama sijil yang disahkan oleh Assayer yang bertauliah.

5. Mempunyai cawangan seluruh Malaysia (pada masa akan datang, setiap negeri) dan juga agen di seluruh Malaysia - mudah mendapatkan produk Public Gold.

6. Public Gold memberi jaminan akan membeli kembali emas mereka walaupun ada kesan calar, guris, bengkok dan patah asalkan berat tetap sama semasa timbangan.

7. Harga yang kompetitif berbanding pasaran.

8. 24 jam tempahan boleh dilakukan di website Public Gold.

9. Mempunyai kilang sendiri dengan pengeluaran sebanyak 15,000 keping sebulan.

10. Yang paling best, Public Gold memberi peluang kepada orang ramai untuk menjadi Tokey Emas dengan modal RM20,000 sahaja (dapat komisen 2%, 1.5% atau 1.0% bergantung kepada status dealer)

Di samping saya dapat menjana simpanan emas saya sendiri, saya juga berpeluang untuk berkongsi dengan orang lain. Sebab itu, saya pilih Public Gold sebagai sumber utama simpanan emas saya (di samping produk emas yang lain).

Apapun, emas adalah sesuatu yang berharga. Produk mana pun anda simpan, moga ia menjadi simpanan anda yang berharga.

Sekian.

Jana Emas Anda Untuk Hidup Lebih Berharga
FaizMalik

No comments:

Post a Comment